SHAH ALAM - Pertemuan Presiden UMNO dengan ketua-ketua UMNO bahagian seluruh negara pada Selasa merupakan alternatif kepada konvensyen di peringkat negeri dan kebangsaan.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berkuat kuasa ketika ini.Beliau berkata, sebanyak 189 bahagian termasuk jumlah sama bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang berjaya menyelesaikan mesyuarat perwakilan masing-masing."Ia sebagaimana tuntutan perlembagaan kecuali Tanah Merah yang digantung, manakala Tuaran bersidang pada minggu ini. h1" showInfoCard="true">