Oman catat kes pertama varian baharu Covid-19

Kes pertama varian baharu Covid-19 dikesan di Oman membabitkan penduduk tetap yang baru pulang dari United Kingdom (UK)
Kes pertama varian baharu Covid-19 dikesan di Oman membabitkan penduduk tetap yang baru pulang dari United Kingdom (UK)
A
A
A

DOHA - Kes pertama varian baharu Covid-19 dikesan di Oman membabitkan penduduk tetap yang baru pulang dari United Kingdom (UK), lapor agensi berita Sputnik.

"Varian baharu itu dikesan pada seorang warga asing Oman yang berasal dari UK yang mengalami masalah pernafasan ketika menjalani kuarantin. Beliau menjalani saringan sebelum pulang ke Oman dan sebaik tiba negara ini," menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

Pada 14 Disember lalu, UK mengumumkan strain baharu Covid-19 dikesan di negara itu yang 70 peratus lebih mudah merebak. Berikutan itu, banyak negara mengenakan larangan sementara keluar dan masuk dari UK.

Kes Covid-19 di Oman kini berjumlah hampir 130,000, lebih 122,400 orang pulih dan 1,502 meninggal dunia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!