Lelaki maut kereta jatuh gaung

Anggota bomba mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit di tempat duduk pemandu selepas terlibat kemalangan di Jalan Labis, Batu 4, Lam Lee, Labis, Johor pada malam Selasa.
Anggota bomba mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit di tempat duduk pemandu selepas terlibat kemalangan di Jalan Labis, Batu 4, Lam Lee, Labis, Johor pada malam Selasa.
A
A
A

LABIS - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Labis, Batu 4, Lam Lee di sini pada malam Selasa.

Dalam kejadian jam 10.50 malam, kereta jenis Proton Iswara dipandu Ow Wee Kiat, 39, bertembung dengan treler dipandu Mohammad Safari Sakimin, 63.

Kemalangan itu mengakibatkan kereta Wee Kiat terbabas dan terbalik ke cerun bukit sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira lapan meter.

Kereta mangsa remuk teruk sekali gus mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Keadaan kenderaan berkenaan yang remuk di bahagian hadapan akibat kemalangan di Jalan Labis, Batu 4, Lam Lee, Labis, Johor pada malam Selasa.
Keadaan kenderaan berkenaan yang remuk di bahagian hadapan akibat kemalangan di Jalan Labis, Batu 4, Lam Lee, Labis, Johor pada malam Selasa.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua BBP Yong Peng, Penolong Penguasa Bomba Othman Mohd Baher berkata, pihaknya bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan Rescue Tools dalam masa kira-kira dua jam.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik yang hadir sebelum mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pemandu treler berkenaan selamat dan operasi tamat jam 1.10 pagi pada Rabu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!