Etnik Rohingya terperangkap dalam lumpur

Empat etnik Rohingya diselamatkan sepasukan anggota bomba selepas terperangkap dalam lumpur di belakang Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Serdang awal pagi Rabu.
Empat etnik Rohingya diselamatkan sepasukan anggota bomba selepas terperangkap dalam lumpur di belakang Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Serdang awal pagi Rabu.
A
A
A

KAPAR - Seorang wanita dan tiga kanak-kanak pendatang asing tanpa izin (PATI) terperangkap dalam lumpur di belakang Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Serdang awal pagi Rabu.

Difahamkan, seramai 40 PATI etnik Rohingya yang baharu sahaja mendarat di perairan negara ini, namun empat daripada mereka berusia lima hingga 30 tahun terperangkap dalam kejadian terbabit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.33 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bergegas ke lokasi kejadian.

"Anggota kemudian mengeluarkan mangsa dengan memasang dua tali menyelamat dan bergerak ke arah mangsa dengan menggunakan bot kecil.

"Tindakan menyelamatkan semua mangsa dilakukan secara ulang-alik sebelum air pasang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, operasi menyelamat tamat pada jam 7.10 pagi dan mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!