Jalan Chikus dijangka siap tiga bulan

Laluan A149 Jalan Chikus menghubungkan Attaduri dan Chikus dijangka siap dalam tempoh tiga bulan.
Laluan A149 Jalan Chikus menghubungkan Attaduri dan Chikus dijangka siap dalam tempoh tiga bulan.
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Kerja baik pulih laluan A149 Jalan Chikus menghubungkan Attaduri dan Chikus yang rebak akibat limpahan air Sungai Batang Padang dijangka mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, kerja-kerja awal sudah dimulakan dengan keseluruhan perbelanjaan bagi tujuan pembaikan laluan itu sebanyak RM2.2 juta.

Mohd Zolkafly menunjukkan pelan baik pulih yang telah disiapkan untuk dilaksanakan bagi memastikan laluan tersebut digunakan semula.
Mohd Zolkafly menunjukkan pelan baik pulih yang telah disiapkan untuk dilaksanakan bagi memastikan laluan tersebut digunakan semula.

Menurutnya, cadangan pembaikan adalah menggunakan sheetpile untuk mengukuhkan tebing jalan dan mengelakkan hakisan serta membina semula laluan yang runtuh.

"Penyelesaian secara visual yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati air deras dari Sungai Batang Padang melimpah serta menghakis tebing jalan.

"Hakisan tersebut menyebabkan jalan rebak dan runtuh. Bagaimanapun jambatan di laluan tersebut buat masa ini masih stabil dan kukuh," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Rabu.

Menurutnya, struktur jambatan juga dicadangkan agar dinaikkan lebih tinggi dari aras air sungai bagi mengelak hakisan struktur sedia ada.

Mohd Zolkafly berkata, ketika ini JKR menutup sementara laluan tersebut untuk semua jenis kenderaan.

Artikel Berkaitan:

Bagamaimana pun katanya, beberapa laluan alternatif dicadangkan kepada penduduk serta pengguna jalan raya iaitu Jalan Changkat Jong-Kampar, Jalan Sungai Lampam-Sungai Tunku, Jalan Sungai Manik-Labu Kubong-Chendrong Balai dan Jalan Attaduri.

"Kerajaan negeri amat prihatin terhadap isu ini dan akan membaiki jalan tersebut dengan kadar segera.

"Pihak forensik dijangka akan membuat pemeriksaan terperinci dalam masa terdekat. Kita akan menunggu siasatan penuh berkenaan jambatan tersebut," katanya.

Pada Selasa, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad mengumumkan RM2.2 juta diperlukan bagi membaik pulih Jalan Besar Chikus menghubungkan Attaduri dan Chikus yang rebak akibat limpahan air Sungai Batang Padang.

ARTIKEL BERKAITAN: RM2.2 juta diperlukan baik pulih jalan rebak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!