'Jangan ada campur tangan politik dalam kes Adib'

Paparan skrin hantaran Najib di laman sosial Facebook miliknya.
Paparan skrin hantaran Najib di laman sosial Facebook miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tiada sebarang campur tangan politik berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Jelas beliau, semua pihak termasuk dirinya mahu mengetahui kebenaran di sebalik kejadian yang menimpa anggota bomba tersebut.

“Saya amat berharap kebenaran sebenar-benarnya akan dapat kita perolehi tidak lama lagi dan keluarga Muhammad Adib akan mendapat keadilan serta tiada campur tangan politik dalam kes ini,” katanya menerusi akaun Facebooknya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ini peringatan Koroner terutama kepada pihak berkepentingan]

Najib berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita yang mendedahkan pihak polis sedang menyiasat dua kemungkinan berhubung punca kematian Muhammad Adib.

Berdasarkan laporan yang memetik sumber polis itu, dua kemungkinan yang menyebabkan kematian anggota bomba itu ialah sama ada dipukul atau dilanggar jentera bomba.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!