Shah Alam, Klang dan Petaling berdepan gangguan air berjadual

Senarai kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual pada 12 Januari ini.
Senarai kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual pada 12 Januari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa kawasan di Wilayah Shah Alam, Klang dan Petaling bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 12 Januari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan pada Rabu memaklumkan gangguan tersebut disebabkan oleh kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berhampiran Persiaran Selangor Seksyen 15 bermula pada jam 9 pagi.

Katanya, berikutan itu, 22 kawasan di Wilayah Shah Alam, empat di Klang dan 10 kawasan di Petaling dijangka akan mengalami gangguan ekoran kerja-kerja berkenaan.

"Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada 14 Januari jam 9 pagi," katanya.

Dalam pada itu, Air Selangor berkata, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan sistem agihan.

Menurutnya, pelaksanaan kerja-kerja ini akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air sentiasa berada dalam keadaan optimum.

"Penambahbaikan infrastruktur paip ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor dalam meningkatkan pengalaman perkhidmatan terbaik demi keselesaan pengguna pada masa hadapan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!