Saya akan kembali memimpin Umno: Ahmad Zahid

Ahmad Zahid beramah mesra dengan wanita Umno Bahagian Bagan Datuk yang hadir menyaksikan forum tersebut.
Ahmad Zahid beramah mesra dengan wanita Umno Bahagian Bagan Datuk yang hadir menyaksikan forum tersebut.
A
A
A
BAGAN DATUK - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui akan kembali memimpin semula Umno selepas tamat tempoh 'bercuti'.

Tanpa memberitahu sebarang tempoh, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendedahkan cuti itu akan tamat apabila berlakunya satu peristiwa besar di negara ini.

"Saya akan bercuti sehingga satu tempoh saya kena menghabiskan cuti saya kerana mengikut kasyaf para ulama menyebutkan bahawa akan berlaku peristiwa besar di negara kita. Bila? Wallahualam.

"Apabila berlaku peristiwa besar itu, InsyaALLAH saya akan kembali memimpin Umno semula," katanya dalam satu forum bertajuk Kerjasama Umno & Pas Sejauh Mana...? anjuran Kelab Anak Muda Islam dan Pertubuhan Amal Pendakwah Bagan Datuk di Dewan Utama, Kompleks Umno Bagan Datuk, malam tadi.

Hadir sama sebagai tetamu pada forum tersebut, Yang Dipertua Pas Kawasan Bagan Datuk, Misbahul Munir Masduki bersama moderator, Ahmad Faisalludin Yusof.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut membayangkan bahawa PRU15 akan dibuat tidak sampai dalam tempoh lima tahun.

Beliau berkata, tahuluf siyasi di antara Umno dan Pas harus disegerakan serta menggesa rakyat bersatu ketepi perbezaan untuk memberikan hak satu undi pada PRU15 nanti.

Katanya, mana-mana parti yang memimpin atau kerajaan ditegakkan atas janji tidak ditepati atau atas fitnah pasti akan jatuh.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!