Bayi perempuan ditemui di tepi kebun kelapa sawit
BERA - Seorang bayi perempuan ditemui di dalam sebuah kotak di tepi jambatan pejabat Risda dekat Kemayan, di sini pada Rabu.
Difahamkan bayi malang itu ditemui oleh pemancing yang kebetulan melalui kawasan berhampiran kebun kepala sawit itu.
Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.50 petang mengenai penemuan bayi terbabit.
"Pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan menjumpai bayi perempuan yang masih hidup dipercayai baru lahir di dalam sebuah kotak di tepi kebun terbabit.
"Bayi tersebut telah dibawa ke Klinik Kesihatan Kemayan," katanya dalam satu kenyataan.
Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan pihaknya sedang giat mengenal pasti individu yang membuang bayi berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!