PATI dicekup ketika mendarat

Antara PATI yang ditahan sepasukan anggota PGA di persisiran Sungai Kapar, Klang pada Rabu.
Antara PATI yang ditahan sepasukan anggota PGA di persisiran Sungai Kapar, Klang pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Cubaan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini melalui pesisiran pantai Sungai Kapar, di sini pada Rabu berjaya dipatahkan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie berkata, seramai 36 PATI berusia dua hingga 49 tahun telah ditahan kira-kira jam 5 pagi oleh sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Pos Tok Muda hasil maklumat awam.

Menurutnya, kesemua tangkapan terdiri daripada 31 warga Myanmar termasuk 23 etnik Rohingya dan lima Indonesia.

"Kesemua tangkapan ini dibuat ketika PATI terbabit sedang mendarat di pesisiran pantai.

"Susulan itu, kira-kira jam 7 pagi, Ketua Polis Balai Kapar yang membuat rondaan di sekitar lokasi kejadian berjaya mengesan dua lelaki warga asing berusia 29 dan 24 tahun menaiki kereta jenis Honda City disyaki untuk mengambil PATI terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pihaknya kemudian bertindak merampas kereta terbabit berserta kunci dan telefon bimbit.

Tambahnya, siasatan mendapati PATI itu dipercayai masuk dari Indonesia dengan menaiki kapal.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!