Mangsa banjir di Johor berkurangan 2,313 orang pagi ini

Anggota bomba menyelamatkan 10 mangsa banjir yang terperangkap dalam rumah masing-masing di Kampung Sungai Padang untuk dipindahkan ke PPS di SK Bandar Endau, Mersing, pada Rabu.
Anggota bomba menyelamatkan 10 mangsa banjir yang terperangkap dalam rumah masing-masing di Kampung Sungai Padang untuk dipindahkan ke PPS di SK Bandar Endau, Mersing, pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Johor terus mencatatkan penurunan jumlah mangsa banjir yang kini hanya seramai 2,313 orang daripada 575 keluarga setakat jam 8 pagi pada Khamis.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 2,315 orang daripada 575 keluarga setakat jam 12 tengah malam Rabu.

"Empat lagi pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup antaranya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota; Dewan Raya Taman Kota Jaya dan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Usman Awang semuanya di Kota Tinggi pada jam 8 malam tadi (Rabu).

"Satu lagi PPS yang ditutup adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Perdana di Kluang pada jam 6 petang. Kini hanya 20 PPS yang masih dibuka di seluruh negeri," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Khamis.

Operasi menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap dalam rumah masing-masing di Kampung Sungai Padang, semalam.
Operasi menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap dalam rumah masing-masing di Kampung Sungai Padang, semalam.

Menurutnya, Kota Tinggi masih mencatatkan daerah paling ramai mangsa banjir yang ditempatkan di sembilan PPS iaitu 1,110 orang daripada 264 keluarga.

Semua mangsa banjir berkenaan katanya, ditempatkan di PPS melibatkan sekolah, dewan, balai raya dan surau berdekatan.

Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi air pasang terus berlaku di Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kukup, Pontian pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Air pasang berlaku di Tanjung Sedili pada jam 2.06 pagi dan 4.21 petang dengan ketinggian 232 dan 196 meter (m), Johor Bahru jam 5.05 pagi dan 5.22 petang (287 dan 264) dan Kukup jam 5.04 pagi dan 5.19 petang (275 dan 267m).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!