Banjir di Kelantan makin buruk

Keadaan banjir di pekan Rantau Panjang berikutan limpahan air Sungai Golok pada Khamis.
Keadaan banjir di pekan Rantau Panjang berikutan limpahan air Sungai Golok pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Banjir yang melanda di lima jajahan negeri ini sejak Selalu lalu bertambah buruk pada Khamis.

Situasi itu dapat dilihat apabila seramai 4,990 mangsa banjir ditempatkan di 65 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berbanding seramai 2,142 mangsa pada petang Rabu.

Anggota APM membawa mangsa banjir untuk dipindahkan berikutan beberapa kampung di Kuala Krai dinaiki air pada Khamis.
Anggota APM membawa mangsa banjir untuk dipindahkan berikutan beberapa kampung di Kuala Krai dinaiki air pada Khamis.

Maklumat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan pada Khamis mendapati jajahan Jeli kekal merekodkan bilangan penduduk yang terjejas teruk iaitu seramai 1,700 mangsa setakat jam 8 pagi.

Kuala Krai menjadi jajahan kedua teruk terjejas di negeri ini apabila seramai 1,455 mangsa berada di 28 PPS, diikuti Gua Musang seramai 785 mangsa, Pasir Mas (605) dan Tanah Merah (445).

Cuaca gelap tidak menghalang anggota APM untuk melakukan tugas menyelamat mangsa banjir di Kelantan.
Cuaca gelap tidak menghalang anggota APM untuk melakukan tugas menyelamat mangsa banjir di Kelantan.

Bacaan paras air sungai di negeri ini pula menunjukkan trend menaik dan melepasi paras bahaya.

Sungai terbabit ialah Galas di Limau Kasturi, Gua Musang (60.13 meter), Lebir, Tualang (37.12 meter), Tangga Krai (28.5 meter), Tambatan Di Raja (5 meter), Sungai Golok di Jenob (23.52 meter) dan Rantau Panjang (10.62 meter).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!