Lelaki hilang ketika cari ketam

Anggota bomba melakukan kerja-kerja mencari seorang lelaki yang hilang ketika mencari ketam berhampiran Kampung Simpang Arang, Sungai Boh, Iskandar Puteri, pada Khamis.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja mencari seorang lelaki yang hilang ketika mencari ketam berhampiran Kampung Simpang Arang, Sungai Boh, Iskandar Puteri, pada Khamis.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki dilaporkan hilang ketika mencari ketam dengan menggunakan bot berhampiran Kampung Simpang Arang, Sungai Boh di sini pada Rabu.

Kehilangan Wangti Nad, 40-an, dilaporkan penduduk setempat kepada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor pada jam 8.48 pagi sebelum gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri dengan satu jentera Fire Rescue Team (FRT) satu utiliti Hilux dan satu bot ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penolong Penguasa Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata, lelaki itu dipercayai hilang ketika mencari ketam di laut.

"Mangsa keluar mencari ketam pada jam 7 pagi semalam (Rabu) dan secara kebiasaannya akan pulang pada jam 2 petang.

"Namun sehingga jam 6 petang mangsa masih belum pulang lalu isteri mangsa meminta pertolongan penduduk kampung untuk mencarinya namun gagal. Pihak bomba kemudian diberitahu pada pagi tadi (Khamis) bagi membantu mencari mangsa.

"Penduduk kampung memaklumkan, mereka melakukan kerja-kerja pencarian semalam (Rabu) dan menemui bot mangsa sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, operasi SAR masih diteruskan sehingga kini dibantu oleh polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan penduduk kampung.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!