Tiga jam terkandas di sawah

Ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang kira-kira jam 10.30 malam tadi.
Ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang kira-kira jam 10.30 malam tadi.
A
A
A
HULU TERENGGANU - Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila terkandas hampir tiga jam di kawasan sawah sebelum mereka diselamatkan anggota bomba pada Rabu.

Kejadian berlaku selepas Minah Dollah, 70, bersama anaknya, Rohani Mamat, 54, dan Mat Zaid, 47, gagal menyeberang Sungai Telemong di Kampung Matang berikutan arus sungai yang deras.

Mat Zaid berkata, mereka bertiga ke kawasan sawah yang terletak di seberang sungai itu kira-kira jam 2 petang dengan menaiki bot fiber bagi melakukan kerja-kerja pembenihan.

"Kami berhasrat untuk pulang ke rumah pada jam 5 petang tapi tidak sedar hari makin gelap kerana terlalu leka membuat kerja.

"Ketika ingin pulang kira-kira jam 6.30 petang, didapati paras air sungai makin tinggi. Kami cuba menyeberangi sungai tapi gagal kerana arus begitu deras," katanya.

Menurutnya, memandangkan ibunya tidak pandai berenang mereka sekeluarga mengambil keputusan berpatah balik dan berlindung di stor di sawah.

Katanya, mujur ketika kejadian ibunya membawa telefon bimbit dan bertindak menghubungi ahli keluarga memohon bantuan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Hanaffi Mohd berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan enam anggota selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.30 malam.

Menurutnya, anggota berdepan kesukaran dalam melakukan operasi menyelamat mangsa berikutan keadaan gelap dan arus sungai yang deras.
Artikel Berkaitan:


“Sampai di Kampung Matang kami berdepan kesukaran untuk menurunkan bot ke sungai untuk ke seberang dan terpaksa menukar laluan ke Kampung Kepah.

"Bagaimanapun semua mangsa berjaya diselamatkan kira-kira jam 10.30 malam," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!