Tiada perutusan khas PM
PUTRAJAYA - Tiada sebarang perutusan khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.
Perkara itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada Khamis.
Terdahulu tular di aplikasi WhatsApp tangkap layar mengenai perutusan khas berkenaan yang dikatakan diadakan jam 4 petang pada Jumaat
Ia telah disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab dengan meletakkan imej Muhyiddin berserta Jata Negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!