Syarikat buat roti, biskut guna logo halal tanpa kebenaran

Pegawai KPDNHEP semasa melakukan pemeriksaan di premis roti dan biskut pada Rabu.
Pegawai KPDNHEP semasa melakukan pemeriksaan di premis roti dan biskut pada Rabu.
A
A
A

SEREMBAN - Sebuah syarikat pembuat makanan roti dan biskut di Taman Seremban Jaya di sini bakal berdepan tindakan undang-undang kerana disyaki menggunakan logo halal tanpa kebenaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, Ain Arjuna Azman Aziz berkata, pihaknya bersama pasukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) membuat serbuan di premis tersebut pada jam 11.15 pagi selepas pemantauan dilakukan sejak seminggu lalu.

Menurutnya, seramai empat pegawai penguat kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan yang diketuai oleh Pegawai Penguatkuasa Mohd Tarmimi Rashid, bersama lima pegawai JHEAINS telah menjalankan operasi penguatkuasaan halal di premis tersebut kerana disyaki menggunakan logo halal Jakim pada produk makanan tanpa mendapat perakuan halal yang sah daripada pihak JHEAINS.

Pegawai JHEAINS melakukan pemeriksaan di premis roti san biskut pada Rabu.
Pegawai JHEAINS melakukan pemeriksaan di premis roti san biskut pada Rabu.

"Hasil pemeriksaan mendapati, sijil pengesahan halal untuk produk yang dimiliki oleh perniagaan ini telah digantung pada 23 September 2020 dan seterusnya telah ditarik oleh JHEAINS pada 12 Oktober 2020.

"Namun begitu, logo halal Jakim masih digunakan pada peket-peket pembungkusan produk keluaran perniagaan ini.

"Disebabkan itu, sebanyak 687 peket produk makanan keluaran perniagaan ini disita dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM834.80," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Ain Arjuna berkata, kesemua barangan tersebut di sita di bawah Per. 8 (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 kerana melanggar Per. 4 (1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, jika disabit kesalahan bagi suatu pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM 200,000 dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM 500,000.

"Bagi individu, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Katanya, KPDNHEP negeri akan terus menjalankan operasi ke atas mana-mana pihak yang didapati menggunakan logo halal pada mana-mana produk makanan dan barang-barang tanpa mendapat perakuan halal yang sah.

Pengguna di Negeri Sembilan boleh menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan peniaga yang tidak mematuhi undang-undang melalui talian telefon 1 800 886 800 atau pesanan WhatsApp di 019 279 4317.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!