Tiket percuma: 20,000 penyokong 'kerumun' kaunter

Sebahagian penyokong yang telah mendapatkan tiket-tiket percuma berkenaan.
Sebahagian penyokong yang telah mendapatkan tiket-tiket percuma berkenaan.
A
A
A

DIANGGARKAN lebih 20,000 penyokong Perak akan mendapatkan tiket percuma menyaksikan aksi Liga Super antara Perak dan Kedah, malam ini sebagaimana yang diumumkan Menteri Besar Perak yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, semalam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati sejak awal pagi, ramai yang sudah beratur di kaunter tiket Stadium Perak bagi mendapatkan tiket-tiket percuma ini.

No Image Caption

Segala urusan pengagihan tiket berjalan lancar dengan setiap penyokong hanya dibenarkan untuk memiliki tiga tiket setiap seorang.

Pengagihan tiket-tiket berkenaan dijangka akan habis menjelang petang ini berdasarkan kepada jumlah kehadiran penyokong di stadium pagi ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!