Cabaran sukar menanti Johor Tigris
PENGURUS Johor Tigris, Zuraimi Khamis menyedari ranjau berliku yang perlu dihadapi pasukannya selepas diundi dalam kumpulan maut untuk aksi Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup 2020 yang akan bermula 10 hingga 16 Januari ini.
Menurutnya, memegang status sebagai juara bertahan bukanlah alasan untuk pasukan dari Selatan itu mendabik dada, apatah lagi akan menentang pasukan kuat seperti juara Liga Premier musim ini, Kuala Lumpur Thunder (KL Thunder).
“Pasukan Johor Tigris perlu fokus untuk mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan kerana kita bakal berhadapan dengan pasukan kuat.
“Bomba Fighters contohnya walaupun mereka daripada saingan Divisyen Satu, tetapi mereka adalah juara dan apabila dah jadi juara ini mereka sudah tentu ada kekuatan yang tersendiri.
“Dalam saingan Champions Cup kali ini saya boleh labelkan pasukan saya sebagai ‘underdog’ walaupun memegang status sebagai juara bertahan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Sebanyak lapan pasukan akan berentap memburu kejuaraan Champions Cup 2020 yang bakal berlangsung di Iskandar Puteri, Johor dengan Johor Tigris diundi dalam kumpulan A bersama KL Thunder, Bomba Fighters dan Putrajaya Cyborg.
Naib juara STL, ATM Guardians diundi dalam Kumpulan B bersama Kelantan Warriors, Negeri Sembilan Antlers dan Penang Black Panthers dalam sesi undian yang diadakan pada Rabu.
Mengulas lanjut, Zuraimi menyatakan pasukannya sudah melakukan persiapan rapi menjelang saingan Champions Cup yang bakal berlangsung di Studio Iskandar Malaysia, Iskandar Puteri, Johor.
“Dalam saingan Champions Cup kali ini saya boleh labelkan pasukan saya sebagai ‘underdog’ walaupun memegang status sebagai juara bertahan,” jelasnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!