Canggih hargai petugas barisan hadapan

Poster potongan diskaun yang ditawarkan Canggih kepada petugas barisan hadapan.
Poster potongan diskaun yang ditawarkan Canggih kepada petugas barisan hadapan.
A
A
A

GOMBAK - Pengilang dan pembekal pakaian seragam sekolah, My-Sutera Sdn Bhd (Canggih) menjalinkan kerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai tanda penghargaan buat petugas barisan hadapan dengan membantu meringankan bebanan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.

Menerusi kerjasama itu, petugas barisan hadapan dapat menikmati potongan diskaun sehingga 35 peratus bagi barangan Canggih bermula dari 1 hingga 31 Januari ini.

Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Daerah Gombak, Dr Samir Imran Asarudin berkata, potongan harga yang diberikan oleh Canggih dengan menggunakan kaedah pembelian dalam talian itu sememangnya amat membantu mengurangkan beban petugas barisan hadapan.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada Canggih. Sumbangan sebegini merupakan sokongan dan penghargaan berharga buat kami,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Samir Imran
Samir Imran

Menerusi pemberian itu, petugas barisan hadapan dapat menikmati potongan diskaun tersebut menerusi schoolmall.com.my dengan menggunakan Kod QR khas atau pautan dibekalkan melalui MKN.

Antara petugas barisan hadapan yang layak menikmati potongan diskaun tersebut ialah kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan beberapa lagi.

Petugas barisan hadapan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung potongan diskaun tersebut boleh berhubung terus dengan Canggih di talian 012-7259219 atau 012-5139219.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!