Gangguan bekalan air di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat

Pengguna bakal berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual di sekitar Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat susulan kejadian paip pecah di Jalan Sering Taman Sungai Sering, Cheras. - Foto Air Selangor
Pengguna bakal berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual di sekitar Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat susulan kejadian paip pecah di Jalan Sering Taman Sungai Sering, Cheras. - Foto Air Selangor
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengguna di 121 kawasan di sekitar Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat akan berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual mulai jam 1 tengah hari Jumaat hingga jam 3 pagi Sabtu.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan berlaku kejadian paip pecah di Jalan Sering, Taman Sungai Sering di Cheras.

Menurut kenyataan itu, paip pecah itu berpunca daripada kerja-kerja pemasangan paip pembentungan oleh pihak ketiga pada Sabtu.

"Berikutan itu, kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah tersebut telah bermula dan bekalan air akan ditutup bermula jam 1 tengah hari (Jumaat).

"Kerja-kerja pembaikan ini dijangka siap sepenuhnya pada jam 3 pagi Sabtu," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Air Selangor memaklumkan pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung kawasan gangguan menerusi medium komunikasi rasmi aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!