Hubungan renggang punca lebih 118 bahagian UMNO tolak Bersatu

Datuk Seri Ahmad Maslan.
Datuk Seri Ahmad Maslan.
A
A
A
SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan punca UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah disebabkan hubungan renggang di bahagian masing-masing.

Beliau berkata, penolakan tersebut juga kerana masalah lain dan bukannya berkaitan dengan kes mahkamah.

Kes mahkamah itu merujuk kepada tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak menggugurkan beberapa kes mahkamah terhadap UMNO dan para pemimpinnya.

Pada masa sama Ahli Parlimen Pontian itu menafikan beliau pernah menyebut mengenai kes berkenaan dalam persidangan peringkat bahagian.

“Jika sebab kes mahkamah maka UMNO tolak Bersatu, kenapa bahagian saya sendiri, Pontian tidak usulkan tolak Bersatu?
Artikel Berkaitan:


“Dalam ucapan di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian pada 3 Januari, sepatah tentang kes mahkamah pun saya tak sebut.

“Mereka (lebih 118 bahagian) tolak Bersatu sebab hubungan yang renggang di bahagian masing-masing dan lain-lain sebab,” katanya menerusi ciapan Twitter pada Jumaat.

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dalam satu kenyataan berkata, terdapat tiga usul utama dibangkitkan UMNO Bahagian iaitu mempertahankan Muafakat Nasional (MN), memutuskan hubungan dengan Bersatu sehingga PRU15 dan menggesa PRU15 dibuat sebelum berakhir suku pertama tahun ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!