Banjir di Kelantan bertambah buruk

Hanya kenderaan berat dan pacuan empat roda yang boleh melalui jalan di Rantau Panjang yang merupakan kawasan kedua terbanyak mangsa banjir.
Hanya kenderaan berat dan pacuan empat roda yang boleh melalui jalan di Rantau Panjang yang merupakan kawasan kedua terbanyak mangsa banjir.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 5,210 mangsa banjir dari enam jajahan di negeri ini ditempatkan di 62 pusat pemindahan sementara (PPS) pada Jumaat.

Situasi itu menyaksikan situasi banjir di negeri ini bertambah buruk berbanding Khamis.

Enam jajahan tersebut ialah Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Gua Musang, Jeli dan Kota Bharu.

Sementara itu, empat sungai utama di negeri ini iaitu Sungai Galas di Limau Kasturi mencatatkan bacaan 59.80 meter, Lebir (Tualang, 35.36 meter), Kelantan di Tangga Krai (27.48 meter) dan Tambatan D'Raja (5.61 meter).

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang turut melepasi tanda amaran iaitu 10.63 meter.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuala Krai menjadi jajahan paling teruk terjejas apabila 2,829 mangsa berada di PPS.

Pasir Mas menjadi jajahan kedua apabila 1,628 mangsa dari 576 keluarga ditempatkan di 17 PPS diikuti Tanah Merah (406), Gua Musang (253), Jeli (72) dan Kota Bharu (22).

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Kelantan makin buruk, Kota Bharu mula dinaiki air

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!