SPRM Selangor terima 15 set wakaf al-Quran

Alias (empat dari kiri) bersama Nasir (enam dari kiri) majlis penyerahan al-Quran berkenaan yang berlangsung di Lobi Kompleks Ibu Pejabat SPRM Selangor pada Jumaat.
Alias (empat dari kiri) bersama Nasir (enam dari kiri) majlis penyerahan al-Quran berkenaan yang berlangsung di Lobi Kompleks Ibu Pejabat SPRM Selangor pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15 set al-Quran wakaf diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor untuk dimanfaatkan seluruh kakitangan agensi itu.

Setiap set al-Quran Karya Bestari disumbangkan orang ramai melalui Wakaf Ummah itu adalah inisiatif digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

Sumbangan naskhah al-Quran itu disampaikan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah kepada Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim.

Menurut Alias, pihaknya merancang untuk menempatkan al-Quran itu di setiap jabatan dan pusat sumber Kompleks Ibu Pejabat SPRM Selangor untuk kegunaan kakitangannya.

“Saya harap kakitangan SPRM Selangor dapat menggunakan al-Quran yang diwakafkan ini sebagai panduan untuk mereka menjalankan tugas dengan lebih berintergriti,” katanya selepas majlis penyerahan al-Quran berkenaan di lobi Kompleks Ibu Pejabat SPRM Selangor pada Jumaat.

Selain itu, Alias berkata, pihaknya juga amat berterima kasih di atas kesudian Kumpulan Karangkraf menyerahkan al-Quran wakaf tersebut kepada SPRM Selangor.

Tambahnya, al-Quran berkenaan sememangnya memberi manfaat besar kepada seluruh warga kerja SPRM Selangor dalam melaksanakan saranan-saranan yang terkandung dalam kitab suci tersebut.

“Malah, dengan sumbangan ini, Insya-ALLAH kita berharap agar ia dapat menjadi platform buat pegawai SPRM mencipta bakat dalam bidang ceramah atau tazkirah,” kata Alias lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!