Mayat lelaki ditemukan di Pantai Trombol

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

KUCHING - Satu mayat lelaki ditemukan di kawasan Pantai Trombol, kira-kira 30 kilometer dari sini, hari ini dipercayai individu yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat menaiki bot di perairan Santubong pada Ahad lepas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, mayat Samsudin Beden, 59, ditemukan penduduk kampung pada 6.20 pagi tadi.

Menurut jurucakap itu, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa di perairan Santubong pada Ahad lepas sebelum menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Dilaporkan mangsa telah hilang semasa dalam perjalanan untuk menghantar bot yang dinaiki itu dari Santubong ke Kampung Lundu.

“Mangsa dipercayai telah keluar dari rumah pada 5.50 pagi (Ahad) dan gagal dihubungi,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. - Bernama

Artikel Berkaitan: