Lelaki terkaya di dunia dakwa diperas ugut

Bezos (kanan) didakwa bertukar-tukar gambar intim dengan Lauren Sanchez.
Bezos (kanan) didakwa bertukar-tukar gambar intim dengan Lauren Sanchez.
A
A
A

LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon, Jeff Bezos mendakwa menjadi sasaran peras ugut oleh majalah National Enquirer.

Beliau mendakwa pemilik syarikat penerbitan itu mengugut akan menyiarkan gambar tidak senonoh dirinya, melainkan beliau berhenti untuk menyiasat bagaimana tabloid berkenaan memperoleh mesej peribadi dan gambar yang dihantar kepada skandalnya, Lauren Sanchez.

Bezos yang juga pemilik The Washington Post membuat pendedahan itu menerusi blog peribadinya semalam.

Jutawan itu berkata, Enquirer mahu beliau membuat kenyataan awam bahawa liputan tabloid berkenaan tidak bermotifkan politik.

Tuduhan Bezos mengeruhkan lagi hubungannya dengan syarikat tabloid terkenal Amerika Syarikat tersebut. - Reuters

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!