Tangan nyaris putus tersepit mesin pengisar

Anggota APM memberi rawatan awal kepada mangsa.
Anggota APM memberi rawatan awal kepada mangsa.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki nyaris putus tangan kanannya selepas tersepit pada mesin pengisar dalam kejadian di sebuah kilang di Solok Perindustrian Bukit Minyak di sini, pagi Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.34 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 30 tahun sedang mengendalikan mesin pengisar terbabit dan tindakan pantas rakan sekerjanya mematikan mesin itu menyelamatkan tangan kanannya daripada hancur.

Anggota bomba mengambil masa lebih kurang sejam untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.
Anggota bomba mengambil masa lebih kurang sejam untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.

"Sejurus sampai ke lokasi kejadian anggota kita mendapati tangan mangsa masih lagi tersepit dalam mesin pengisar dan mangsa berada dalam keadaan sedarkan diri.

"Kita mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan tangannya dengan menggunakan peralatan khas. Mangsa berada dalam keadaan lemah dikejarkan ke hospital berhampiran oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk rawatan lanjut," katanya.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 12 tengah hari dan mangsa yang dirawat di hospital berada dalam keadaan stabil.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!