Seludup pil eramin dalam ekzos
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromaniam berkata, serbuan di Pelabuhan Klang itu menemui dadah tersebut dengan berat hampir 480 kilogram yang disorokkan dalam 1,248 unit tabung besi ekzos dari dua buah kontena.
"Kita terpaksa menggunakan alat pemotong untuk membuka tabung besi ekzos dan menemui satu balutan plastik lut sinar yang mengandungi pil-pil dadah jenis eramin 5," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, seorang suspek lelaki merupakan warganegara tempatan berumur 20-an telah ditahan bagi membantu siasatan dan perintah reman telah diperolehi dari Mahkamah Majistret Klang sehingga 13 Februari ini.
Sementara itu, Subromaniam berkata, dadah ini dipercayai untuk pasaran tempatan dengan nilai antara RM15 hingga RM25 sebiji dan jika terlepas kepada sindiket pengedaran dadah ianya boleh digunakan lebih 300,000 penagih dadah.
"Orang awam diseru untuk memberikan kerjasama kepada JKDM dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dadah , juga lain-lain barangan seperti rokok , minuman keras, mercun. Kita memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat dirahsiakan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!