Tutup mulut bayi, masuk dalam beg sekolah, buang!

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasangan kekasih berusia 17 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes buang bayi yang ditemukan dalam lori sampah, di kawasan perumahan yang terletak di Presint 18, Putrajaya, semalam.

Turut ditahan bapa remaja perempuan berkenaan, individu yang membuang plastik mengandungi bayi berkenaan di rumah sampah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan awal mendapati bayi perempuan tersebut dilahirkan Rabu lalu jam 11.30 pagi oleh suspek.

Menurutnya, suspek bertindak menutup mulut bayi dengan tuala dan membalut badan bayi menggunakan selimut sebelum dimasukkan ke dalam beg sekolah.

"Suspek kemudian memasukkan beg sekolah tersebut ke dalam plastik sampah yang diikat dan diletakkan di luar rumah bersama sampah yang lain.

"Plastik sampah yang mengandungi bayi tersebut telah dibuang oleh bapa suspek ke rumah sampah di kawasan

perumahan mereka, " katanya.

Katanya, bapa dan teman lelaki suspek ditahan reman selama satu hari sehingga esok sementara suspek sehingga Isnin ini.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat. Suspek berdepan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disalbitkan salah.

"Mayat bayi dibawa ke Hospital Putrajaya bagi tujuan bedah siasat yang akan dijalankan pada hari ini," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak remaja supaya tidak terlibat dalam gejala negatif.

Sinar Harian melaporkan pekerja kutipan sampah menemukan mayat bayi perempuan berbalut selimut dan bertali pusat dalam lori sampah pagi semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat bayi dalam lori sampah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!