YBR sedia peruntukan RM150,000 bantu murid sekolah

Penerima menunjukkan bantuan persekolahan yang diterima daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) ketika Program Kembali ke Sekolah di Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Penerima menunjukkan bantuan persekolahan yang diterima daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) ketika Program Kembali ke Sekolah di Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan berjumlah RM150,000 untuk 1,000 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Titiwangsa sempena Program Kembali ke Sekolah anjuran yayasan itu.

Pengerusi YBR, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, bantuan berupa set baju, kasut dan beg sekolah yang bernilai RM150 disumbangkan kepada setiap murid yang dikenal pasti dalam kalangan keluarga berpendapatan B40.

Menurutnya, ada di antara penerima juga adalah mereka yang terkesan akibat musibah banjir baru-baru ini.

"Diharapkan sumbangan diterima ini dapat membantu meningkatkan minat murid-murid untuk hadir ke sekolah serta sebagai pembakar semangat untuk mereka belajar bersungguh-sungguh bagi memperoleh keputusan cemerlang.

"Bantuan ini turut diinspirasikan melalui penerapan elemen pembelajaran menyeronokkan bagi memastikan murid-murid gembira, sekali gus mereka dapat kembali ke sekolah seperti rakan-rakan mereka yang lain.

"Ia untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani,” katanya selepas penyerahan bantuan di empat lokasi program itu di kawasan Titiwangsa di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!