Aksi McTominay ibarat ‘Raksasa Manusia’

McTominay puas setelah menanduk masuk gol seawal minit ke-5 perlawanan
McTominay puas setelah menanduk masuk gol seawal minit ke-5 perlawanan
A
A
A

AKSI cemerlang pemain Manchester United, Scott McTominay ketika berdepan Watford pada aksi pusingan ketiga Piala FA Inggeris di Old Trafford pada awal pagi Ahad, diibaratkan umpama ‘raksasa manusia.’

Perkara itu ditegaskan oleh pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer yang memuji aksi pemain tengah itu di sepanjang perlawanan, termasuk berjaya menjaringkan gol tunggal yang juga gol kemenangan pasukan.

Malah Solskjaer turut kagum dengan semangat yang ditunjukkan bintang Scotland berusia 24 tahun itu biarpun diberikan tanggungjawab selaku kapten pasukan buat kali pertamapada perlawanan berkenaan.

“Dia McTominay sedang melalui musim yang hebat bersama United. Aksinya semakin ‘menjadi-jadi’ dan dia kini semakin berbahaya terutamanya dalam kotak penalti lawan.

“Sebenarnya, dia juga boleh menjaringkan lebih banyak gol pada perlawanan dengan Watford ini.

“Secara keseluruhannya, apa yang boleh saya simpulkan adalah aksi McTominay ibarat ‘raksasa manusia’ dan saya sungguh gembira dengannya,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan McTominay yang juga produk daripada akademi Manchester United itu menanduk masuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-5 dan sekali gus mengesahkan kemaraan skuad The Red Devils itu ke pusingan keempat.

Pada perlawanan berkenaan juga Solskjaer dilihat tidak menurunkan ramai pemain dalam kesebelasan utama seperti Marcus Rashford, Brian Fernandes, Paul Pogba, Daved de Gea, Harry McGuire dan Anthony Martial sebaliknya menurunkan kesebelasan simpanan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai kesebelasan yang diturunkan pada perlawanan berkenaan Solskjaer berkata, dia perlu melakukan penggiliran pemain bagi menyesuaikan keadaan semasa terutamanya dengan jadual perlawanan yang agak ketat.

Lagi pun menurutnya, ini adalah peluang terbaik untuk keselasan simpanan United untuk membuktikan kemampuan masing-masing bagi merebut slot untuk beraksi pada perlawanan-perlawanan akan datang.

“Perkara yang paling penting dalam pertandingan seperti ini adalah untuk layak ke peringkat seterusnya dan ia membuatkan semua orang orang gembira.

“Rasanya, kami telah beraksi dengan baik dan mencipta peluang-peluang gol. Tetapi yang penting kami berjaya mara ke pusingan keempat,” katanya.

United will bounce back against Watford

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!