Operasi cari bangkai pesawat Sriwijaya Air dipertingkat

Serpihan kabel dipercayai dari pesawat Sriwijaya Air yang disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu semalam. - Foto internet
Serpihan kabel dipercayai dari pesawat Sriwijaya Air yang disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu semalam. - Foto internet
A
A
A

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia pada Ahad meningkatkan operasi mencari pesawat Sriwijaya Air yang disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu semalam.

Kementerian Perhubungan, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS), polis Indonesia (Polri), Tentera Indonesia (TNI) dan agensi lain berkaitan dalam kenyataan bersama memaklumkan operasi pencarian bermula 6 pagi tadi adalah bagi mencari bangkai pesawat di perairan berkenaan.

"Data jumlah personel yang terlibat dalam operasi setakat pagi ini sebanyak 326 personel, jumlah kapal 38 unit, dua helikopter dan dua pesawat udara, masing-masing dari BASARNAS, TNI, Polri, Kementerian Perhubungan, Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) dan lain-lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Sriwijaya Air: Tumpahan minyak, beberapa barangan ditemui

Pesawat Sriwijaya Air terputus hubungan selepas berlepas

Cebisan tubuh manusia ditemui di lokasi nahas SJ182

"Kapal-kapal tersebut dilengkapi dengan peralatan seperti Multibeam Echosounder dan Remotely Operated Vehicle (ROV) untuk mengesan dan mencari bangkai pesawat, selain pasukan penyelam," menurut kenyataan itu.

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Jakarta menuju ke Pontianak pada 2.36 petang waktu Indonesia Barat, sebelum disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!