Amaran cuaca buruk, hujan lebat di beberapa negeri
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat yang dijangka berterusan di Johor sehingga Isnin.
MetMalaysia dalam kenyataan pada 11 pagi memaklumkan kawasan yang dijangka terlibat di Johor ialah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan turut diramal berlaku di Johor yang membabitkan daerah Segamat dan Mersing.
Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat sehingga Selasa turut dikeluarkan bagi Pahang yang melibatkan daerah Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin serta Tangkak dan Muar di Johor.
Keadaan cuaca sama juga diramal sehingga Isnin melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah di Sarawak; Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat di Sabah serta Labuan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!