Banjir: Peniaga Rantau Panjang lelong barang

Fatihah membuat lelongan barangan jualan bagi 'menghidupkan' ekonomi kawasan berkenaan selepas berdepan musibah banjir.
Fatihah membuat lelongan barangan jualan bagi 'menghidupkan' ekonomi kawasan berkenaan selepas berdepan musibah banjir.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Peniaga di zon bebas cukai Rantau Panjang membuat lelongan barangan jualan bagi 'menghidupkan' ekonomi kawasan berkenaan selepas berdepan musibah banjir pada Khamis.

Seorang peniaga, Fatihah Daud, 30, yang kembali membuka premis pada Sabtu berkata, tindakan itu dilihat membantu merancakkan lagi jualan barangan miliknya.

"Selain lelongan, saya turut membuat pemotongan harga ke atas setiap pembelian yang dilakukan oleh pelanggan.

"Alhamdulillah, usaha ini membuahkan hasil apabila ada pergerakan dalam jualan saya.

"Sudah tiga kali gelombang banjir berlaku di Rantau Panjang dan setiap kali itulah kedai tidak dapat beroperasi selain Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Rusila yang menjual makanan ringan menyambut baik lelongan yang dilakukan oleh peniaga lain kerana turut memberikan kesan positif kepadanya.
Rusila yang menjual makanan ringan menyambut baik lelongan yang dilakukan oleh peniaga lain kerana turut memberikan kesan positif kepadanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata peniaga sudah membuka premis masing-masing sejak Sabtu selepas banjir mulai surut.

Orang ramai dilihat mula berkunjung ke lokasi itu membeli belah sekaligus menyaksikan zon bebas cukai Rantau Panjang kembali bernafas.

Artikel Berkaitan:

Fatihah bagaimanapun berkata, kebanyakan peniaga masih berada dalam 'mood' waspada susulan cuaca tidak menentu ketika ini.

"Saya harap banjir segera pulih, begitu juga dengan Covid-19. Hal ini kerana kedua-duanya memberikan impak besar kepada kami peniaga," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga makanan ringan, Rusila Ibrahim berkata, lelongan barangan itu memberikan kesan positif kepadanya.

"Dengan adanya lelongan ini, jualan makanan ringan turut laris bila orang ramai datang ke zon bebas cukai Rantau Panjang," katanya yang sudah lima tahun berniaga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!