Jaga penjarakan fizikal, elak kluster banjir: Ismail Sabri

Ismail Sabri (kiri) beramah mesra dengan mangsa banjir di PPS SK Rantau Panjang 2.
Ismail Sabri (kiri) beramah mesra dengan mangsa banjir di PPS SK Rantau Panjang 2.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Penduduk yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) disarankan supaya mengambil serius pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan fizikal bagi mengelakkan meletusnya kluster banjir.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aspek pematuhan itu dilihat kurang dipraktikkan dalam kalangan mangsa banjir berpandukan kepada sesi lawatan yang dilakukan beliau ketika turun padang ke PPS.

"Jadi saya harap aspek itu diberikan penambahbaikan dalam memutuskan rantaian Covid-19 terutama ketika berada di luar dari khemah keluarga.

"Dalam khemah-khemah keluarga tidak ada masalah kerana mereka (mangsa banjir) dari rumah yang sama," katanya kepada pemberita selepas turun padang meninjau keadaan mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang 2 di sini pada Ahad.

Ismail Sabri (dua dari kanan) mendengar taklimat daripada pegawai ATM yang bertugas di PPS SK Rantau Panjang 2.
Ismail Sabri (dua dari kanan) mendengar taklimat daripada pegawai ATM yang bertugas di PPS SK Rantau Panjang 2.

Menurutnya, bagaimanapun pemakaian pelitup muka dalam kalangan mangsa banjir amat memuaskan.

Beliau berkata, bukan itu sahaja hasil lawatan turut mendapati setiap PPS menyediakan kelengkapan dengan baik seperti mesin pengimbas suhu dan penggunaan aplikasi MySejahtera.

Ismail Sabri berkata, cara penyediaan makanan kepada penduduk terjejas turut dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, semua makanan itu dibungkus dengan rapi sebelum diagihkan kepada mangsa banjir.

"Saya berharap orang ramai terus mengamalkan pematuhan SOP sepanjang musim banjir," katanya.

Ismail Sabri (dua dari kiri) turut sama menikmati makanan yang siap dibungkus di PPS SK Rantau Panjang 2.
Ismail Sabri (dua dari kiri) turut sama menikmati makanan yang siap dibungkus di PPS SK Rantau Panjang 2.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!