Nelayan dikhuatiri lemas jatuh bot

Pasukan PPDA turut dipanggil untuk membantu mencari mangsa yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot pagi Ahad.
Pasukan PPDA turut dipanggil untuk membantu mencari mangsa yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot pagi Ahad.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot di tengah laut ketika keluar menangkap ikan pagi Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, nelayan yang hilang dikenali Muhammad Shahfirdaus Azman, 25, dilaporkan terjatuh jam 8.40 pagi tadi.

Bagaimanapun, menurutnya, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 12.05 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan penyelamat sedang mencari mangsa yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot di tengah laut ketika keluar menangkap ikan pagi Ahad.
Pasukan penyelamat sedang mencari mangsa yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot di tengah laut ketika keluar menangkap ikan pagi Ahad.

"Anggota melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah [Surface Searching' di sekitar kawasan mangsa dipercayai telah terjatuh.

"Kita juga membawa pasukan Penyelamat Di Dalam Air (PPDA) bagi membantu SAR," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehingga jam 8 malam tadi operasi mencari dan menyelamat mangsa masih lagi diteruskan.

Difahamkan, SAR yang turut melibatkan beberapa agensi lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan polis akan bersambung esok sekiranya mangsa belum ditemui malam ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!