Puteri Umno dah tak 'diva' lagi

Zahida Zarik Khan
Zahida Zarik Khan
A
A
A

SHAH ALAM - Puteri Umno tidak lagi boleh berasa diri mereka sebagai ‘diva’ sekiranya mahu melihat Umno terus kekal relevan di hati rakyat.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, pemimpin Puteri tidak kira di peringkat pusat dan bahagian perlu sentiasa bersama dan mendengar suara akar umbi.

“Puteri tidak boleh lagi merasakan diri mereka eksklusif ataupun rasa diri sebagai 'diva'.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Umno, mohon jangan bodoh sombong lagi]

“Muhasabbah diri dan perbaiki kesilapan lepas. Puteri perlu menjadi deria rakyat, sentiasa mendengar dan angkat suara rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai amanat Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Program Bicara Minda anjuran Kumpulan Karangkraf di sini, semalam.

Mohamad atau lebih mesra dipanggil Tok Mat mengingatkan ahli dan pemimpin Umno agar tidak mengulangi sikap bodoh sombong yang menyebabkan kekalahan parti itu dalam PRU14.

Beliau turut menyatakan bahawa kemarahan rakyat dengan Umno bukan disebabkan Umno tetapi kepimpinan ketika itu.

Artikel Berkaitan:

Justeru Zahida berkata, rakyat menolak Umno adalah kerana mereka mahu pemimpinnya berubah untuk menjadi lebih baik.

“Kami akui sebelum ini, pemimpin Umno ada sikap bodoh sombong dan ego tinggi, namun kekalahan lalu dijadikan pengajaran dan sekarang Umno dalam proses perubahan dan pemulihan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!