Penangguhan sesi penjurian dan pengumuman pemenang
SHAH ALAM - Dimaklumkan bahawa sesi penjurian peringkat akhir peraduan Sinar Harian Di Hatiku pada 13 Januari 2021 dan majlis pengumuman pemenang yang sepatutnya diadakan pada 20 Januari 2021 terpaksa DITANGGUHKAN susulan penularan jangkitan wabak Covid-19.
Tarikh baharu untuk kedua-dua sesi tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat nanti.
Sinar Harian memohon maaf atas kelewatan dan berharap agar pembaca yang telah menghantar penyertaan dapat bersabar.
Segala kesulitan amat dikesali.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!