ADUN Galas, isteri positif Covid-19
Mohd Syahbuddin (kiri) bersama isterinya ketika berada di hospital. - Foto FB Mohd Syahbuddin
A
A
A
Menerusi perkongsian di Facebook beliau pada Isnin, dimaklumkan isterinya, Nor Azila Sidi Ahmad, 40, turut positif Covid-19.
“Dengan penuh dukacita dan hiba... hari ini Abe Din dan isteri disahkan positif Covid-19.
“Kepada semua yang ada berhubung rapat dengan Abe Din dan Cikgu Laa, Abe Din pohon jutaan maaf kerana mungkin menyusahkan semua yang terpaksa melakukan ujian swab dan mungkin terkena jangkitan,” kongsinya pada Isnin.
Menerusi perkongsian sama juga, Mohd Syahbuddin bersama isteri meminta semua mendoakan kesembuhannya.
Dalam pada itu Mohd Syahbuddin mengingatkan penduduk di Gua Musang berhati-hati kerana jajahan tersebut sudah diisytiharkan zon merah.
Selain Mohd Syahbuddin, pada Sabtu ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yusoff bersama Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani juga disahkan positif Covid-19.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!