Di mana papa...?

Jaafar Taib
Jaafar Taib
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang peniaga resah apabila bapanya yang dikatakan keluar dari rumahnya di Butterworth, Pulau Pinang tidak pulang kembali sejak September tahun lalu.

Nur Ain Marlissa Jaafar, 31, berkata, bapanya, Jaafar Taib, 62, keluar dari rumah yang diduduki bersama ibunya, Nur Emilia Abdullah, 55, membawa pakaian dengan alasan untuk mencari kerja.

Menurut Nur Ain, keluarganya berasa bimbang kerana sejak itu bapanya tidak pulang mahupun menghubungi mereka sekeluarga.

Katanya, ketika keluar dari rumah, bapanya tidak membawa bersama telefon bimbit yang biasa digunakannya.

"Papa.... di mana papa? Saya risaukan keadaan dirinya (papa) kerana dia menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

"Ibu terlalu rindu dan bimbangkan keadaan papa kerana tidak menerima sebarang khabar berita sejak September tahun lalu. Ibu juga mahu papa pulang ke rumah dan tidak bekerja lagi kerana sudah berusia," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Nur Ain berkata, dia ada membuat laporan polis mengenai kehilangan bapanya di Balai Polis Butterworth, Pulau Pinang pada 23 Disember lalu.

Bagaimanapun, katanya sehingga kini tiada sebarang petunjuk diperoleh namun percaya bapanya kini berada di Selangor.

Artikel Berkaitan:

"Saya ada membuat semakan caruman atas nama bapa di Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan mendapati terdapat caruman dari sebuah syarikat pengawal keselamatan.

"Saya cuba hubungi syarikat terbabit, namun masih gagal mendapat maklumat dan mengesan lokasi bapa berada hingga kini," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Jaafar diminta segera menghubungi Nur Ain ditalian 0174949172.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!