KKM, Pfizer meterai perjanjian vaksin Covid-19
Menerusi satu kenyataan daripada Kementerian Kesihatan, majlis menandatangani perjanjian berkenaan dimeterai secara virtual oleh Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba bagi pihak kerajaan manakala Pfizer diwakili Pengurus Negara (Malaysia/Brunei), Luksanawan Thangpaibool.
Tambah kenyataan itu, perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd melibatkan perolehan vaksin sebanyak 12,799,800 dos yang akan dibekalkan mulai penghujung Februari hadapan.
“Meliputi 20 peratus populasi penduduk Malaysia dengan dua dos seorang.
“Perjanjian yang dimeterai pada hari ini adalah untuk fasa pertama dengan penghantaran vaksin ke seluruh Malaysia,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan juga bersetuju untuk membuat perolehan bekalan tambahan 12.2 juta dos yang menjadikan jumlah keseluruhan vaksin Pfizer-BioNTech sebanyak 25 juta dos.
Katanya, ia meliputi 39 peratus populasi penduduk negara ini dan akan diterima sepanjang tahun 2021.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!