Covid-19: Talian khidmat pelanggan, kaunter aduan SKMM digantung sementara

MCMC
MCMC
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggantung sementara perkhidmatan talian khidmat pelanggan dan kaunternya bermula hari ini hingga ke suatu tarikh dimaklumkan kelak.

Menurut kenyataannya, penggantungan itu yang melibatkan talian 1800 188 030 dan kaunter aduan di semua pejabat SKMM dilaksanakan sebagai langkah keselamatan dan waspada susulan penularan Covid-19.

Bagaimanapun orang ramai masih boleh menyalurkan aduan melalui https://aduan.skmm.gov.my, e-mel (aduanskmm@mcmc.gov.my) atau WhatsApp (016 – 220 6262) dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat).

"SKMM sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan pihak awam serta pekerjanya. Segala kesulitan amat dikesali,” demikian menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!