Najib saran semua menteri henti program umum

NAJIB. -Foto Bernama
NAJIB. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Isnin menyarankan semua menteri menghentikan program umum mereka untuk tempoh seminggu.

Saranan itu selepas dua menteri iaitu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun disahkan positif Covid-19.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Najib mempersoalkan mengapa Rina masih boleh menghadiri dua program pada Ahad selepas Mustapa positif Covid-19.

“Peliknya kenapa menteri-menteri kabinet masih menghadiri program-program umum setelah Tok Pa (Mustapa) disahkan positif tengah hari semalam.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepatutnya sudah klasifikasikan mereka sebagai kontak rapat yang perlu dipantau dan diberi arahan kuarantin wajib,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Tok Pa disahkan positif Covid-19

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, mereka pernah hadir sebilik dengan Mustapa dalam mesyuarat jemaah menteri beberapa hari lalu.

Terdahulu, Rina dilaporkan merupakan menteri ketiga positif Covid-19.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh pejabatnya, beliau disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

Artikel Berkaitan:

Najib dalam masa sama turut berharap Ahli Parlimen Titiwangsa itu diberi kesembuhan segera.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!