Muhyiddin perlu jalani rawatan kanser tidak benar

MUHYIDDIN
MUHYIDDIN
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Khabar angin bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjalani rawatan kanser adalah tidak benar.

Menyifatkan ia sebagai niat jahat, Pejabat Perdana Menteri menegaskan, Muhyiddin telah disahkan bebas daripada kanser oleh pakar perubatan yang merawatnya.

"Khabar angin yang menyatakan bahawa ada pelantikan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri juga adalah tidak benar," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ini merupakan kali kedua pejabat itu membuatkan penafian terhadap perkara sama.

Sejak minggu lalu, khabar angin Muhyiddin menjalani rawatan di Singapura dan seorang pemimpin UMNO akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berlegar di media sosial.

Pada 16 Jun 2020, Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan portal berita bahawa pemimpin nombor satu itu melanggar perintah kuarantin di rumah untuk ke luar negara bagi menjalani rawatan kanser di Singapura.

Laporan perubatan yang sebelum ini dikeluarkan oleh Dr Lai Kam Seng dari Pusat Perubatan Pantai bertarikh 12 Jun 2020 mengesahkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bebas kanser.

Muhyiddin, 73, dilapor menghidapi kanser pankreas pada 2018 dan menjalani rawatan di Singapura.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!