Pas akan jadi pendamai kemelut UMNO-Bersatu

Abdul Hadi (tiga dari kiri) melihat jenis benih padi yang dipamerkan di Galeri MADA ketika hadir di Ibu Pejabat MADA di Ampang Jajar, Alor Setar pada Isnin.
Abdul Hadi (tiga dari kiri) melihat jenis benih padi yang dipamerkan di Galeri MADA ketika hadir di Ibu Pejabat MADA di Ampang Jajar, Alor Setar pada Isnin.
A
A
A

ALOR SETAR - Pas akan bertindak sebagai pendamai bagi meleraikan ketegangan yang berlaku antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO kebelakangan ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebagai rakan gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN), Pas bersedia memainkan peranan sebagai orang tengah bagi menyelesaikan masalah berkaitan beberapa isu antara UMNO dan Bersatu.

Menurutnya, apa yang berlaku kini hanyalah masalah dalaman keluarga besar parti Melayu itu dan yakin kemelut akan berakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kami sudah satu keluarga, duduk dalam satu rumah. Semua parti Melayu itu digabungkan (UMNO, Pas, Bersatu) dan kita utamakan perpaduan Melayu Islam dahulu.

"Pada masa sama kita menyedari masyarakat majmuk juga mesti bersama kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sesi Libat Urus Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bersama peladang kawasan Muda di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar di sini pada Isnin.

Abdul Hadi berkata, beberapa kenyataan daripada pimpinan UMNO dan Bersatu itu hanya masalah dalaman, dan bukannya serius sehingga tidak mampu dibawa ke meja rundingan.

“Urusan Bersatu, UMNO dan Pas ini urusan dalaman rumah kami. Kadang-kadang orang dengar bunyi bising-bising itu sebab kita nak alih perabot saja, akan selesai nanti,” katanya.

Beliau berkata, apa jua masalah berbangkit antara dua rakan parti itu diyakini mampu diselesaikan sebelum PRU15 memandangkan ketiga-tiga parti kini ibarat keluarga besar dan bawah kerajaan yang sama.

Artikel Berkaitan:

“Mereka (Bersatu, UMNO) berbalas pantun, Pas akan jadi hakim (pendamai),” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!