Tengku Mahkota Kelantan beri sumbangan mangsa banjir

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson berkenan memberikan sumbangan kepada mangsa banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Gual Tinggi, Rantau Panjang.

A
A
A

KOTA BHARU - Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson berkenan memberikan sumbangan kepada mangsa banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Gual Tinggi, Rantau Panjang.

Baginda berdua tiba di Istana Kota Lama Kota Bharu pada jam 2.55 petang dan meluangkan masa mendengar pengalaman banjir daripada mereka yang hadir.

Sumbangan itu diserahkan kepada Ketua Jajahan, Nik Mohamed Noor Nik Ishak untuk diagihkan selain turut menjemput tiga wakil penduduk yang terjejas hadir dalam majlis tersebut.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan), Tengku Kaya Perkasa, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson (kanan) meluangkan masa berbual dengan wakil rakyat yang terjejas banjir dari Pasir Mas semasa mereka hadir ke Istana Kota Lama, disini.

Sementara itu, Nik Mohamed Noor Nik Ishak ketika ditemui memberitahu, pihaknya menjunjung kasih rakyat di Pasir Mas di atas kurniaan baginda dan isteri bagi membantu meringankan beban ketika berdepan bencana banjir kali ini.

Katanya, pada awalnya baginda turut menyatakan hasrat untuk berangkat ke Pasir Mas namun keadaan semasa penularan Covid-19 tidak mengizinkan ketika ini.

"Bagi pihak rakyat dan petugas barisan hadapan, saya menjunjung kasih kerana tuanku sentiasa mengambil berat kepada kami bukan hanya mangsa Covid-19, mangsa banjir, malah kepada seluruh rakyat jelata.

Artikel Berkaitan:

"Tuanku juga berpesan supaya seluruh rakyat menjaga kesihatan dan keselamatan. Sumbangan ini sangat menggembirakan rakyat dalam keadaan mereka yang memerlukan ketika ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!