Nelayan jatuh bot ditemui lemas

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Seorang nelayan yang terjatuh dari bot ketika sedang menangkap ikan di kawasan perairan laut berdekatan Sungai Udang di sini pada Ahad ditemukan lemas pada Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, mayat Muhammad Shahfirdaus Azman, 25, ditemukan pada 3.56 petang oleh nelayan yang turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

"Mayat mangsa ditemukan terapung kira-kira 300 meter dari lokasi lelaki itu dilaporkan hilang semalam dan mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Nelayan itu terjatuh dari botnya ketika sedang menangkap ikan di kawasan perairan di situ kira-kira 8.40 pagi Ahad.

Berikutan itu, pihak JBPM menggerakkan operasi SAR bersama beberapa agensi lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta turut dibantu nelayan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Nelayan dikhuatiri lemas jatuh bot

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!