Tiada pilihan raya berlangsung sepanjang tempoh darurat
PUTRAJAYA - Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Pengumuman Khas Darurat sebenar tadi.
Menurut beliau, PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas memperakukan bahawa Covid-19 telah reda atau pulih sepenuhnya.
Muhyiddin juga berkata, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang sehingga satu tempoh yang ditetapkan.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!