Presiden Portugal positif Covid-19

Gambar fail menunjukkan Presidan Portugal, Marcelo Rebelo de Sausa (kiri) dan Perdana
Menterinya, Antonio Costa. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan Presidan Portugal, Marcelo Rebelo de Sausa (kiri) dan Perdana Menterinya, Antonio Costa. - Foto AFP
A
A
A

LISBON - Presiden Portugal, Marcelo Rebelo de Sousa diuji positif Covid-19 dan membatalkan semua majlis rasmi, lapor pejabatnya lewat malam Isnin, dua hari sebelum pilihan raya Presiden akan diadakan.

Pemimpin negara yang berusia 72 tahun itu telah diasingkan di Istana Presiden di Lisbon, menurut pejabatnya dalam satu kenyataan.

Pada Rabu lalu, beliau menghabiskan masa beberapa jam ketika Rebelo menjalani 'pengasingan pentadbiran' selepas seorang anggota rombongannya diuji positif.

Namun, pada ketika itu Presiden tersebut diuji negatif.

Portugal berdepan dengan 'lockdown baharu' selepas mencatatkan rekod 122 kematian dalam tempoh 24 jam dan hampir 4,000 orang dirawat di hospital pada Isnin lalu.

Perdana Menteri, Antonio Costa berkata, kerajaan sosialis sedang bersedia untuk mengumumkan pada Rabu ini langkah-langkah sekatan sama seperti yang dikenakan semasa perintah 'lockdown' dilaksanakan pada Mac lalu.

Kempen untuk pilihan raya Presiden akan digantung berikutan arahan terbaharu 'lockdown' bagi mengatasi kes baharu Covid-19.

Pilihan raya Presiden itu dijadualkan diadakan pada 24 Januari ini. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!