Tidak sesuai adakan PRU ketika ini: Tun M
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat adalah tidak sesuai untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika ini memandangkan negara masih berhadapan dengan jumlah tinggi kes harian jangkitan Covid-19.
"Saya berpendapat daripada pengalaman kita ketika di Pilihan Raya Negeri Sabah, apabila diadakan PRU nanti, maka wabak Covid-19 ini akan merebak sehingga sekarang ini tidak berhenti.
"Jadi, kalau kita adakan PRU sekali lagi, mungkin 50 peratus daripada kita akan terkena Covid-19," katanya.
Ditanya pemberita selepas melancarkan platform e-dagang, Herbee oleh The Human Life Advancement Foundation (HLAF) and Dropee di sini hari ini, sama ada beliau akan bertanding pada PRU15, Dr Mahathir secara berseloroh berkata: "Saya dah umur 95 tahun, tak boleh berjalan berapa betul dah, takkan nak suruh saya bertanding lagi." - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!