‘Hentikan perkara dibenci rakyat’- Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa
A
A
A
KOTA BHARU – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mahu seluruh kepimpinan politik negara menyayangi parti dan terus berkhidmat dengan baik, jujur dan amanah.

Annuar melalui satu entri yang dikongsi di laman sosial facebooknya memaklumkan rasuah, pecah amanah, penyelewengan kuasa, sombong, ego dan lain-lain tindakan yang dibenci rakyat perlu dijauhi dan dihentikan.

“Jangan lupa mendengar suara rakyat. Jangan hanya dengar bisikan para memanda keliling pinggang yang mencari makan atau sering diumpan, atau ‘warlords’ yang kalah berperang atau tidak pernah menyumbang.

“Mereka yang mengundi itu adalah rakyat, maka dengar suara rakyat, walau bisikannya tidak lantang. Jangan belakangkan keputusan parti yang di buat bersama dan jangan pula bersikap depan lain belakang lain, pepat di luar rencong di dalam,” katanya.

Dalam entri yang sama Annuar juga berpesan, semua pihak perlu menerima realiti politik masa kini yang tiada pihak pun yang boleh bersendirian.
Artikel Berkaitan:


Katanya, setiap langkah memerlukan rakan-rakan strategik dan mereka tidak semestinya ‘orang’ yang disukai.

“Tidak semestinya yang kita suka, mungkin kita tidak suka, tapi jika dasarnya sama, fahaman sama, hala tujunya sama, tidak salah kita bekerjasama.

“Jangan takut dengan bayang-bayang atau polong rekaan. Takutkan kucing peliharaan, tapi menyerah pada serigala di hutan. Jangan pula diambilnya musuh yang nyata, tapi tolak kawan yang setia,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!